Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Bahagian Komunikasi Korporat IJN dalam satu kenyataan berkata, disebabkan prosedur operasi standard (SOP) semasa, tiada pelawat dibenarkan melawat Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pada 16 Disember lalu, media melaporkan Dr Mahathir turut dimasukkan ke institut itu untuk menerima rawatan sama.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989 dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 iaitu setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.

Kesemua masalah jantung Dr Mahathir telah dirawat di IJN.

Artikel Berkaitan: