Polis cari Aiman Haziq bantu siasatan kes dadah

Polis mengesan seorang individu bernama Aiman Haziq yang merupakan saksi penting perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam (Jenayah 3).Gambar hiasan
Polis mengesan seorang individu bernama Aiman Haziq yang merupakan saksi penting perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam (Jenayah 3).Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang individu dikesan bagi membantu siasatan melibatkan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, individu berkenaan merupakan saksi bagi perbicaraan kes tersebut.

"Individu berkenaan bernama Aiman Haziq Mohd Razainy adalah saksi penting perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam (Jenayah 3).

"Saksi berkenaan diminta hadir pada 10, 11 dan 14 Januari 2022," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diharap dapat menghubungi pihak polis.

"Sebarang maklumat sila berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Syahir Ajamain di talian 011-6262 5970," katanya.

Artikel Berkaitan: