Jangan politikkan bencana banjir di Johor

MOHD HAIRI
MOHD HAIRI
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bencana banjir yang melanda beberapa daerah di Johor seharusnya tidak dipolitikkan sebaliknya perlu bersama-sama turun padang membantu mangsa.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor tidak sewajarnya membangkitkan isu mengenai bantuan yang dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

"Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan atau persoalan dikeluarkan Muda Johor di akaun Twitter mereka @teammudajohor yang mendakwa bantuan yang dihantar ke PPS di kawasan terjejas banjir di negeri ini memerlukan kebenaran Pegawai Daerah (DO).

"Persoalannya, mengapa isu ini dibangkitkan selepas Johor sudah seminggu dilanda banjir," katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Menurut Mohd Hairi, sebagai rakyat Johor yang tinggal dan menetap di negeri itu, sewajarnya Ketua Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tahu mengenai pentadbiran dan urusan kerajaan negeri dijalankan, memandangkan bencana banjir berlaku setiap tahun.

"Sememangnya pengurusan bencana di Johor adalah antara yang paling efisen, tersusun dan cekap yang pernah saya sendiri lihat dan perhatikan sejak sekian lama, iaitu semua agensi dikelola dan memainkan peranan masing-masing bersama dengan efektif.

"Pergi sahaja ke PPS yang dibuka di Johor dan tanya kepada mangsa banjir, saya yakin mereka menerima bantuan dan layanan yang baik daripada semua agensi terlibat menguruskan bencana ini.

"Alasan dan modal digunakan adalah prosedur dan SOP (prosedur operasi standard), mengapa orang lain boleh sahaja ikut prosedur dan SOP yang ditetapkan. Kita masih kena berjaga-jaga kerana pandemik Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, beliau mengingatkan Ahli Parlimen Muar itu agar tidak menggunakan modal atau alasan sebegitu kerana ada had dan batasan apabila berpolitik.