Pencemaran kimia: Peperiksaan Teori A ABRSM ditangguhkan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Teori A The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM) yang dijadual berlangsung esok akan ditangguhkan, melibatkan empat pusat peperiksaan berikutan penutupan 111 sekolah Daerah Pasir Gudang, Johor.

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan berkata, ia susulan bencana pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.

“Sehubungan dengan itu, peperiksaan Teori A ABRSM pada 16 Mac 2019 (Sabtu) di Daerah Pasir Gudang ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Pusat peperiksaan yang terlibat adalah PG01 - Sekolah Menengah Kebangsaa (SMK) Taman Johor Jaya 2, PG02 - SMK Permas Jaya 2, PG03 - SMK Taman Mount Austin dan PG04 - SMK Taman Pelangi Indah,” katanya.

Artikel Berkaitan: