Sila log masuk terlebih dahulu.

Enam PBT Selangor selesai operasi pembersihan pasca banjir

Amirudin - Foto Bernama
Amirudin - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Status operasi pembersihan pasca banjir KDEB Waste Management (KDEBWM) di enam pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor selesai sepenuhnya.

Menerusi infografik di Facebook Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Jumaat menunjukkan enam PBT mencapai tahap peratusan bersih 100 peratus ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang).

Tiga lagi PBT yang turut mencapai pembersihan 100 peratus ialah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Amirudin dalam hantaran sama di Facebook memaklumkan, keenam-enam kawasan di bawah pentadbiran PBT itu sudah selesai, manakala dua lagi sedang diteruskan.

"Majlis Bandaraya Subang Jaya telah mencatatkan 99 peratus bagi status operasi pembersihan manakala Majlis Perbandaran Klang (MPK) mencatatkan 98 peratus.

"Keseluruhan operasi pembersihan dijangka dapat diselesaikan dalam minggu ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan: