X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

3,381 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 2,780,080 selepas 3,381 lagi kes baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 879 kes diikuti Kelantan (385), Johor (299), Kuala Lumpur (271), Sabah (242), Pahang (226), Pulau Pinang (219) dan Kedah (216).

Negeri Sembilan melaporkan 172 kes, Perak (161), Melaka (141), Putrajaya (30) dan Sarawak (18).

Sementara Perlis dan Labuan masing-masing merekodkan 14 kes.

"Daripada jumlah baharu yang dilaporkan, sebanyak 319 merupakan kes import membabitkan 284 rakyat tempatan dan 35 warga asing," katanya.

Menurutnya, jumlah kes harian juga terdiri daripada 37 kes kategori tiga hingga lima manakala 3,344 lagi adalah kategori satu dan dua.

"Seramai 254 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 114 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 3,447 kes sembuh turut dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif adalah 2,708,739 kes.

"Ia bersamaan dengan 97.4 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, enam kluster baharu dikenal pasti KKM dan keseluruhannya adalah 6,156 kluster.

Bagaimanapun, 5,974 daripadanya telah diisytiharkan tamat dan 182 kluster masih aktif.

Pada perkembangan sama, kadar kebolehjangkitan (Rt) menurun kepada 0.96 namun Labuan merekodkan nilai 1.10 dan disusuli Sabah 1.05.

Nilai Rt negeri-negeri lain berada di antara 0.83 (Sarawak) dan 0.99 (Putrajaya).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!