Di Maria, Draxler positif Covid-19

Di Maria dan Draxler pemain terbaharu PSG dijangkiti Covid-19
Di Maria dan Draxler pemain terbaharu PSG dijangkiti Covid-19
A
A
A

DUO Paris Saint-Germain (PSG) Angel Di Maria dan Julian Draxler disahkan positif Covid-19, kata kelab itu dalam satu kenyataaan awal pagi tadi.

Di Maria dan Draxler merupakan pemain terbaharu PSG yang dijangkiti Covid-19 selepas beberapa pemain termasuk penjaga gol Gianluigi Donnarumma dijangkiti wabak tersebut.

"Angel Di Maria dan Julian Draxler disahkan positif Covid-19 pagi ini..

"Mereka telah dikuarantin dan ditempatkan di kawasan yang berasingan tertakluk kepada protokol kesihatan yang sesuai," katanya.

Perkhabaran itu nyata satu tamparan hebat buat pengendali PSG, Mauricio Pochettino untuk menyiapkan satu pasukan yang ampuh menjelang pertemuan menentang Lyon, pada Ahad.

Untuk rekod Di Maria telah beraksi sebanyak 16 kali untuk PSG dalam semua pertandingan musim ini dan telah terlibat secara langsung dalam tujuh gol, jumlah yang lebih baik hanya Messi (10) dan Kylian Mbappe (30).

Artikel Berkaitan: