X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Hanya 2.3 peratus untuk capai 100 peratus populasi dewasa

Sebanyak 2.3 peratus sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100 peratus populasi dewasanya lengkap divaksinasi. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.3 peratus sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100 peratus populasi dewasanya lengkap divaksinasi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, setakat 11.59 malam Khamis, seramai 22,876,224 individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Setakat Khamis juga, 98.9 peratus atau 23,162,767 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,763,787 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,854,126 individu atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sejumlah 252,817 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,898 dos pertama, 4,549 dos lengkap dan 245,370 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 58,812,436 dos dengan 7,356,445 daripadanya adalah dos penggalak. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!