Pencemaran kimia: Belum ada tangkapan dilakukan polis

Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis tidak ada membuat sebarang tangkapan setakat ini melibatkan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan masih giat dijalankan dan tiada sebarang tangkapan di buat setakat ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya mempergiatkan siasatan bersama agensi berkaitan dalam usaha mengesan pihak yang terlibat.

“Sehingga kini, kita telah menerima sebanyak 51 laporan polis dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 278 Kanun Keseksaan dan Seksyen 284 kanun yang sama," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mohamad Fuzi memberitahu, sebanyak 150 anggota polis termasuk dari Pasukan Gerakan Am ditugaskan untuk mengawal serta memantau di kawasan-kawasan terjejas di Pasir Gudang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Kim Kim dah lama tercemar

Artikel Berkaitan: