[VIDEO] 29 dicekup, polis serbu 'port' dadah

Seramai 29 lelaki ditahan dalam Ops Sarang di sebuah kebun kelapa sawit sekitar Jalan Klang - Banting, Seri Cheeding, Kuala Langat pada Rabu. Gambar kecil: Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh
Seramai 29 lelaki ditahan dalam Ops Sarang di sebuah kebun kelapa sawit sekitar Jalan Klang - Banting, Seri Cheeding, Kuala Langat pada Rabu. Gambar kecil: Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh
A
A
A

KUALA LANGAT - Seramai 29 penagih tegar bersama seorang tokan dadah ditahan dalam Ops Sarang di sebuah kebun kelapa sawit sekitar Jalan Klang - Banting, Seri Cheeding, di sini pada Rabu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, walaupun bergari, mereka dengan bersahaja bersembang, ada yang berbaring di atas tanah malah tanpa segan silu meminta makanan dan rokok daripada anggota bertugas.

Difahamkan kesemua lelaki yang ditahan dalam operasi selama 12 jam di ladang itu tidak serik walaupun sudah berulang kali ditahan.

'Port' dadah yang menjadi tumpuan penagih di kawasan sekitar dipercayai beroperasi bermula awal pagi sehingga lewat malam di mana tokan yang berusia dalam lingkungan 30-an akan berlegar-legar di sekitar ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh berkata, lokasi tersebut dipercayai baru beroperasi sejak seminggu lalu.

Antara barang kes yang dirampas dalam Ops Sarang di sebuah kebun kelapa sawit sekitar Jalan Klang - Banting, Seri Cheeding, Kuala Langat pada Rabu.
Antara barang kes yang dirampas dalam Ops Sarang di sebuah kebun kelapa sawit sekitar Jalan Klang - Banting, Seri Cheeding, Kuala Langat pada Rabu.

"Kita buat pemerhatian selama dua hari dan mendapati tokan ini sebelumnya beroperasi di beberapa 'port' di kebun sawit lain. Mereka berpindah-randah bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa.

"Pihak narkotik masuk dan berjaya 'pegang' tokan dahulu dan kita terus tunggu di mana seorang-seorang penagih masuk dan kita cekup sehingga dapat 29 orang ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, seramai 28 suspek merupakan warga tempatan manakala seorang lagi warga Bangladesh berusia 28 tahun.

Tambah beliau. polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 24.80 gram dan syabu (0.60 gram) dianggarkan bernilai RM500 selain wang tunai RM350 dipercayai hasil jualan dadah.

Menurutnya, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun itu positif dadah jenis opiat dan mempunyai rekod kesalahan lampau.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya ADB 1952.

"Kesemua suspek direman selama empat hingga tujuh hari di Balai Polis Banting untuk siasatan lanjut," katanya.