Mayat pemancing ditemukan terapung

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan terapung di Sungai Tinggi untuk diserahkan kepada pihak polis pada Khamis. - Foto ihsan Bomba Perak
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan terapung di Sungai Tinggi untuk diserahkan kepada pihak polis pada Khamis. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

TAIPING - Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemukan terapung di Sungai Tinggi, Pulau Pasir Hitam, di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, mayat Mohd Hafiz Hashim, 25, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira jam 9.26 pagi.

"Mangsa ditemukan berhampiran dengan lokasi terakhir dia dilaporkan terjatuh ketika memancing bersama rakannya di sungai berkenaan pada Rabu.

"Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sejak Rabu melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba.

"Operasi lebih 24 jam itu turut dibantu oleh pihak polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan nelayan," katanya.

Ketika kejadian, bot yang dinaiki mangsa bersama seorang rakannya berusia 26 tahun dipercayai terlanggar kayu sebelum mangsa terjatuh.

Pasukan bomba digerakkan sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak polis pada jam 9.02 pagi.

Artikel Berkaitan: