CyCore banteras jenayah pelanggaran hak cipta filem di internet

Alexander Nanta Linggi - Foto Bernama
Alexander Nanta Linggi - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KIINI] Program Cyber Copyright Enforcement (CyCore) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membanteras jenayah pelanggaran hak cipta atau cetak rompak filem digital medium internet.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program itu merupakan satu kaedah terancang yang dikhususkan untuk penerbit-penerbit dan pemilik hak cipta filem tempatan.

"Ia supaya kerjasama dengan lebih 50 rakan strategik agensi kerajaan, platform e-dagang dan penyedia perkhidmatan internet (ISP) dapat dilakukan di satu platform bagi mencegah kegiatan cetak rompak filem digital dalam talian," katanya dalam sidang akhbar majlis Aspirasi Tahun Baharu 2020 serta pelancaran CyCore di kementeriannya, pada Khamis.

Menurutnya, program itu dilaksanakan melalui kaedah tindakan sekatan laman sesawang dan penurunan kandungan.

"Tindakan ini adalah yang paling pantas dan berkesan dalam melumpuhkan aktiviti pengedaran cetak rompak filem digital dengan kerjasama rakan-rakan strategik tanpa melibatkan institusi kehakiman. Melalui MyCore, sasaran tindakan sekatan laman web atau penurunan kandungan adalah dalam tempoh 48 jam dari pemakluman oleh pemilik hakcipta yang menyertai program tersebut.

"Program CyCore ini telah melalui beberapa siri pengujian bersama pemilik hak cipta filem dan mendapat sokongan serta maklum balas positif dalam pelaksanaannya," kata beliau.

Alexander berkata, hasil dari siri pengujian ke atas 15 filem yang menyertai program itu mendapati sebanyak 298 laman sesawang disekat sementara sejumlah 1,418 penurunan kandungan telah berjaya dilaksanakan sejak tahun 2021.

Kata beliau, MyCore pemilik hak cipta diberi tunjuk ajar dan pemahaman berhubung peranan mereka untuk membuat pengaduan pelanggaran hak cipta filem mereka

Artikel Berkaitan:

kepada platform media sosial atau platform e-dagang seperti Facebook, Instagram, Youtube, Telegram, Lazada dan Shopee yang menyiarkan atau menjual karya filem mereka tanpa kebenaran di platform berkenaan.

"Platform e-dagang dan media sosial ini mempunyai Polisi Harta Intelek masing-masing yang akan sentiasa bekerjasama dan membantu pemilik hak cipta dalam menurunkan mana-mana kandungan yang melanggar hak harta intelek.

'Kementerian juga melaksanakan profiling jenayah kepada mana-mana pihak yang disyaki secara aktif melakukan kesalahan pengedaran cetak rompak filem digital di bawah peruntukan Akta Hak Cipta1987 agar tindakan yang lebih tegas dapat diambil. Pihak yang didapati bersalah boleh didenda RM 2,000 sehingga RM 20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," tegas beliau.