Sultan Ibrahim beri kata-kata semangat kepada mangsa

Sultan Ibrahim semasa melawat sebahagian mangsa sisa bahan kimia berbahaya di HSI.
Sultan Ibrahim semasa melawat sebahagian mangsa sisa bahan kimia berbahaya di HSI.
A
A
A
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar prihatin dengan nasib mangsa pencemaran sisa toksik berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Baginda sempat melawat dan memberikan kata-kata semangat kepada mangsa pencemaran sisa kimia itu, di samping memberikan kata-kata semangat kepada mereka terlibat.

Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat mangsa-mangsa pencemaran sisa kimia yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz.

Sehingga semalam dilaporkan, seramai 126 mangsa sedang mendapatkan rawatan di HSI termasuk 10 mangsa yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.
Artikel Berkaitan:


Sepanjang lawatan lebih sejam itu, Sultan Ibrahim turut diberi penerangan oleh Dr Selahuddeen mengenai keadaan kesihatan semasa setiap mangsa.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar