Isu Azam Baki: Pemuda Amanah serah memo kepada Agong esok

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media khas di ibu pejabat SPRM.- Foto Bernama (Gambar kiri: Pemuda Amanah akan menyerahkan memo kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung keraguan integriti Azam Baki pada Jumaat.)

A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) bersama Biro Mobilisasi akan menyerahkan memo kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan keraguan integriti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan oleh parti tersebut menerusi satu hantaran di Facebook rasminya pada Khamis.

Penyerahan memo itu dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang di Pintu Utama Istana Negara.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung isu saham yang terpalit terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Justeru, beliau turut menjelaskan, tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ (konflik kepentingan) dalam perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: