Sila log masuk terlebih dahulu.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan susulan kenaikan nilai mata wang tempatan baru-baru ini, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1930/1955 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1880 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata unit tempatan turut menerima tekanan apabila harga minyak merosot selepas simpanan stok bahan api Amerika Syarikat (AS) meningkat, menunjukkan permintaan berkurangan dalam pengguna minyak terbesar dunia itu dengan lonjakan kes Covid-19 yang tinggi disebabkan varian Omicron.

Dilaporkan bahawa simpanan stok minyak AS meningkat sebanyak 7.1 juta tong dalam tempoh seminggu hingga 31 Disember, manakala simpanan stok sulingan naik sebanyak 4.4 juta tong pada minggu itu.

Pada waktu ini, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 0.10 peratus kepada AS$79.92 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS merosot 0.17 peratus kepada AS$76.86 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0924/0939 daripada 3.0891/0906 pada Selasa dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6190/6215 daripada 3.6133/6153 pada Selasa.

Mata wang tempatan turut susut berbanding pound kepada 5.6785/6814 daripada 5.6465/6489 semalam dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7408/7424 daripada 4.7310/7337 sebelum ini.

Artikel Berkaitan: