Hadiah lumayan menanti pemancing

Pertandingan memancing Pantai Puteri pada Disember tahun lalu.
Pertandingan memancing Pantai Puteri pada Disember tahun lalu.
A
A
A

MELAKA - Pertandingan memancing Malaysia Surfcasting Tour...A Journey To Visit Malaysia 2020 yang bakal membuka tirai di Pantai Puteri di sini, Ahad ini bakal catat sejarah sebagai pertandingan memancing apabila menawarkan hadiah paling lumayan.

Acara itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1,327,500 serta peluang untuk memenangi tiga buah kereta Perodua Myvi, Bezza dan Axia, bernilai hampir RM150,000, sekiranya peserta memungut tiga mata tertinggi setelah lengkap 10 siri pusingan.

Pertandingan anjuran Wakjali Event Management dengan kerjasama Tourism Malaysia itu, menawarkan hadiah setiap siri bernilai RM137,500 dengan juara bakal membawa pulang wang tunai RM70,000 kedua menerima RM12,000 dan ketiga RM5,000

Ia turut disokong Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor, Koperasi Pegawai-Pegawai Kementerian Pelancongan Malaysia (Koppema) dan Kelab Rekreasi LPPM.

Pemenang keempat hingga ke-100 juga akan pulang dengan hadiah wang tunai. Turut ditawarkan, sebuah televisyen LED 60 inci dan enam TV LED 32 inci, 20 hamper dan 15 barangan Igloo sebagai hadiah cabutan bertuah.

Acara ini dirancang sebagai satu daripada aktiviti promosi Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pengurus Wakjali Event, Md Zali Kasran berkata, pertandingan itu adalah yang pertama seumpamanya yang dianjurkan di seluruh negara dan berkonsepkan Grand Prix.

“Pertandingan ini menawarkan mata kepada setiap pemenang hingga tempat ke-200 yang boleh dikumpul dan dibawa ke hadapan untuk muncul juara Grand Slam.

Artikel Berkaitan:

“Paling menarik, yuran penyertaan hanya RM80 untuk satu joran dan peserta dibenar menggunakan 2 joran sahaja. “Langkah ini bagi menggalakkan acara ini disertai oleh semua lapisan masyarakat dan peserta mampu menyertai semua acara di seluruh negara, sekali gus menaikkan industri pelancongan domestik,’’ katanya.Dapat kemeja-T percuma

Malaysia Surfcasting Tour...A Journey To Visit Malaysia 2020 akan mengagihkan sebanyak 1,200 helai kemeja-T lengan panjang kepada pesertanya.

Md Zali berkata, kemeja-T berkenaan boleh diambil ketika melakukan pendaftaran di lokasi pertandingan, Sabtu ini bermula jam 12 tengah hari esok di kaunter operasi 24 jam.

Katanya, pertandingan berasaskan ikan terberat dengan beberapa spesies ikan tidak dipertandingkan seperti todak, kerapu dan pari.

Bagaimanapun, jelasnya, spesis ketuka dipertandingkan sehingga berat maksimum 400 gram sahaja.

Selaras dengan perkembangan dunia digital, Md Zali berkata, Wakjali Event juga telah menyediakan satu platform penyebaran maklumat dengan membangunkan satu web/portal yang boleh di akses peserta di www.wakjalitour.my.

“Pantai Puteri terkenal dengan pelbagai spesis ikan terutama senangin, semilang, daun baru, gelama, malong dan lain-lain. Pantai sepanjang 2.5km ini boleh memuatkan sehingga 3,000 peserta berikutan tiada kawasan ditutup bagi acara ini,” katanya.

Dalam acara sebelum ini sebahagian kawasan, khususnya di pangkalan nelayan ditutup kepada peserta, namun bagi Malaysia Surfcasting Tour, penganjur menetapkan semua kawasan dibuka bagi memberi ruang yang lebih selesa kepada pemancing.

Pertanyaan bagi acara ini oleh hubungi 019-6203049, 012-2141401 dan 013-3838655.