IKM Johor Bharu bantu mangsa banjir di Bentong

Warga IKM Johor Bharu sedang membersihkan peti ais milik penduduk yang ditenggelami banjir.
Warga IKM Johor Bharu sedang membersihkan peti ais milik penduduk yang ditenggelami banjir.
A
A
A

BENTONG - Seramai 39 warga Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru turun padang membantu mangsa banjir di Kampung Chegar Medang dan Kampung Karak Setia di Bentong.

Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat IKM Johor Bharu, Shamshul Annuar Ruslan berkata, program selama tiga hari itu melibatkan aktiviti pembersihan rumah, pendawaian elektrik dan pembaikan barangan elektrik.

Menurut Shamshul Annuar, pihaknya turut mendapat sumbangan daripada syarikat bumiputera Equal Weighing System Sdn Bhd bagi melaksanakan program pendawaian elektrik.

"Kami memang biasa melakukan misi bantuan banjir sebelum ini termasuk di Pantai Timur dan apabila mendapat maklumat mengenai bantuan yang masih diperlukan di sini kami terus ke sini

"Selain dapat membantu mangsa banjir, misi bantuan ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk belajar membaik pulih barang yang rosak akibat ditenggelami banjir," katanya di sini pada Rabu.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Abdul Rashid Abdul Rahman, 46, berkata, kehadiran warga IKM Johor Bahru amat membantu keluarganya.

"Alhamdulillah kedatangan mereka bagaikan satu rahmat untuk membantu membersihkan rumah kami.

"Tidak ada apa lagi yang boleh saya katakan selain ucapan terima kasih dan hanya ALLAH SWT mampu membalas jasa warga IKM Johor Bahru yang datang dari jauh untuk membantu secara sukarela," katanya.

Artikel Berkaitan: