Banjir: Pengusaha 'gigit jari' ikan sangkar terlepas

Mohamad Syahir mengalami kerugian kira-kira RM25,000 selepas hampir 35,000 ekor ikan terutama jenis patin terlepas ke air akibat banjir baru-baru ini.
Mohamad Syahir mengalami kerugian kira-kira RM25,000 selepas hampir 35,000 ekor ikan terutama jenis patin terlepas ke air akibat banjir baru-baru ini.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang pengusaha ikan sangkar di Sungai Pahang dekat Kampung Pangsenam di sini terpaksa 'gigit jari' apabila empat daripada 28 sangkar miliknya rosak akibat banjir baru-baru ini.

Mohamad Syahir Hamka, 31, mengalami kerugian kira-kira RM25,000 selepas hampir 35,000 ekor ikan terutama jenis patin terlepas ke dalam air dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan ikan tersebut sudah matang dan sedia untuk dijual di pasaran.

"Pada awal Januari tahun lalu, kedai menjual ikan saya rosak selepas ditenggelami air akibat banjir.

Antara sangkar ikan milik Mohamad Syahir di Kampung Pangsenam, Temerloh yang rosak akibat banjir baru-baru ini
Antara sangkar ikan milik Mohamad Syahir di Kampung Pangsenam, Temerloh yang rosak akibat banjir baru-baru ini

"Kali ini empat sangkar milik saya pula rosak akibat banjir. Saya reda dengan ujian ini," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu

Mohamad Syahir berkata, kejadian banjir sudah beberapa kali dihadapinya sejak mengusahakan ikan sangkar pada tahun 2011.

"Sedih memang sedih memikirkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung.

Artikel Berkaitan:

"Memang tak sangka banjir kali ini menyebabkan sangkar rosak, pecah hingga ribuan ikan terlepas," katanya.