Azam Baki akan ambil tindakan undang-undang

Datuk Seri Azam Baki - Foto Bernama
Datuk Seri Azam Baki - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.

Menurutnya, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.

"Memang terdapat usaha beberapa pihak yang berkepentingan atau mempunyai agenda yang tidak baik terhadap SPRM mengambil kesempatan untuk terus menghakis kepercayaan masyarakat ke atas agensi ini dengan menjadikannya sasaran serangan bertubi-tubi.

"Setelah mendapatkan nasihat peguam, saya telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya dalam sidang akhbar khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Rabu.

Sidang akhbar itu dibuat bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang dikatakan membabitkan pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Mengulas lanjut, Azam berkata, mereka yang terlibat sudah dikenalpasti dan mendakwa mereka digunakan pihak tertentu untuk memberi tekanan ke atas SPRM.

"Saya faham tentang keresahan masyarakat mengenai isu yang melibatkan SPRM mutakhir ini sehingga menenggelamkan sumbangan dan kejayaan SPRM dalam mencegah rasuah di negara ini sama asa dalam operasi atau pencegahan serta pendidikan masyarakat.

"Kami di SPRM berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Saya sedar dan insaf bahawa ini antara cabaran yang dihadapi oleh hampir semua Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Artikel Berkaitan:

"Saya memberi akujanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, untuk membawa SPRM ke arah badan yang berwibawa, profesional dalam tindakan dan penuh integriti," jelasnya.