Covid-19: 3,270 kes baharu, 252 kes import hari ini

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes harian positif Covid-19 di negara ini kembali melebihi angka 3,000 apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 3,270 kes baharu pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 2,701,808 kes setakat Rabu.

"Daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 69 kes merupakan kategori tiga hingga lima, manakala 3,201 kes atau 97.9 peratus lagi adalah kategori satu dan dua," katanya.

Menurutnya, sebanyak 252 kes import turut dilaporkan membabitkan seramai 222 rakyat tempatan dan 30 warga asing.

"Bagi penularan dalam negara, terdapat 3,018 kes yang mana 2,916 daripadanya melibatkan rakyat tempatan dan 102 warga asing," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 257 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 137 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan.

"KKM turut mencatatkan 3,195 kes sembuh dengan kumulatif 2,701,808 kes," katanya.

Menurutnya, sebanyak empat kluster baharu dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 6,143 kluster.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, sebanyak 5,948 kluster telah tamat dan 195 lagi masih aktif," ujarnya.

Tambah beliau, kadar kebolehjangkitan (Rt) kekal pada nilai 0.99 dan tiada kes positif Covid-19 direkodkan berlaku di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara.