X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Kes tatatertib polis Pulau Pinang meningkat

Mohd Shuhaily menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Lafaz Ikrar Peringkat Kontinjen Pulau Pinang pada Rabu.
A
A

GEORGETOWN - Kesalahan tatatertib melibatkan polis Pulau Pinang meningkat sebanyak 35.71 peratus pada tahun lalu berbanding pada tahun 2020.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, daripada jumlah itu sebanyak 171 kertas siasatan tatatertib telah dibuka.

Menurutnya, kertas siasatan itu melibatkan 314 orang iaitu 43 pegawai kanan, 269 pegawai rendah dan dua kakitangan awam.

"Daripada jumlah kertas siasatan itu, kes tatatertib merekodkan sebanyak 107, jenayah (33), dadah (17), tidak hadir tugas atau pembolosan (lapan), kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (empat) dan syariah (dua).

"Sementara itu, daripada 314 orang yang terlibat, 28 orang masih dalam siasatan untuk diambil tindakan antaranya gantung, tahan dan dibuang kerja. Setelah Lembaga Tatatertib bersidang dan membuat keputusan serta hukuman dijatuhkan, barulah mereka ini akan berada dalam statistik hukuman.

"Sekarang ini, mereka hanya dalam statistik kertas siasatan tatatertib. Tidak adil untuk saya mengatakan kesemua 28 orang ini sudah dihukum, hanya kertas siasatan dibuka dan

disiasat mengikut Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Padang Tembak di sini pada Rabu.

Mohd Shuhaily sebelum itu menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Lafaz Ikrar Peringkat Kontinjen Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily berkata, kadar jenayah di Pulau Pinang mencatatkan penurunan sebanyak 27.3 peratus sepanjang tahun lalu.

Katanya, ia berdasarkan nilai ambang yang dijadikan kayu pengukur selain turut digunakan oleh Polis Antarabangsa (Interpol) dalam kajian jenayah di seluruh dunia.

"Berdasarkan statistik ini, jenayah harta benda yang direkodkan adalah 2,900 kes, yang mana nilai ambang jenayah harta benda adalah 4,263 kes, menurun sebanyak 31 peratus dengan 1,303 kes.

"Selain itu, nilai ambang jenayah kekerasan adalah 1,666 kes, namun kes yang berlaku hanya 931 sahaja dan menurun sebanyak 12.7 peratus," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!