Terengganu sedia bantu pelajar cemerlang hidap glaukoma

Calon Berkeperluan Khas (CBK) Terbaik Terengganu, Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri (dua, kiri) bersama empat calon cemerlang SPM 2018, Nur Atiqah Syuhadah Hamdan (kanan), Amirah Husna Abdul Kahar (dua, kanan), Nurin Batrisyia Mohd Azmi dan Muhammad Hilman Nor Azmi selepas pengumuman SPM 2018, hari ini.

A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri sedia membantu Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik Terengganu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang mengalami masalah penglihatan (glaukoma) untuk pulih daripada penyakit itu.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terdapat saluran yang boleh digunakan untuk membantu pelajar itu.

“Kita ada Tabung Darul Iman dan kita boleh bincang apa yang kita boleh kita usahakan untuk dia,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2018, di sini.

Tabung Darul Iman ditubuhkan bagi menjaga kebajikan rakyat terutama kalangan pesakit kronik dan mangsa bencana yang benar-benar memerlukan bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN Pelajar buta mata kanan cemerlang SPM

Terdahulu, seorang pelajar yang mengalami kerosakan seratus peratus pada mata sebelah kanan akibat penyakit glaukoma mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan, hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Abang, Dungun, Ahmad Shahir Safwan Ahmaf Sabri, 18 mendapat 5A termasuk satu A+ bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah.

Anak ketiga dari enam adik-beradik kepada pasangan pengawal keselamatan, Ahmad Sabri Omar, 49 dan guru, Salwanu Ambak, 48 mengalami kerosakan saraf optik pada mata sebelah kanan manakala mata sebelah kiri cuma boleh berfungsi 20 peratus.

Artikel Berkaitan: