Polis buru Yung Chee bantu siasatan kes bunuh

No Image Caption
A
A
A

PENAMPANG - Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh di belakang bangunan sebuah pusat hiburan, di Penampang Baru di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu dikenal pasti sebagai Kaw Yung Chee, 34, berasal dari Kota Kinabalu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis. Kita juga meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Haris berkata, mangsa yang maut dikenal pasti seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dan mengalami kecederaan akibat kesan tikaman objek tajam.

“Mangsa dirawat di Zon Kecemasan Hospital Queen Elizabeth I sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 8.38 pagi oleh pegawai perubatan akibat pendarahan yang teruk disebabkan tikaman objek tajam,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: