TPA-M13 kekalkan diplomasi pertahanan Malaysia-Filipina

Zulkifli (depan dua, kiri) beramah mesra bersama sebahagian TPA M-13 selepas Majlis Sambutan Kepulangan dan Pembubaran TPA M-13 di Pengkalan Udara Udara Subang, hari ini. - Foto Bernama
A
A

SUBANG - "Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-13 (TPA-M13) berjaya mengekalkan keakraban diplomasi pertahanan antara Malaysia dan Filipina walaupun menghadapi pelbagai cabaran di selatan negara jiran itu," kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Beliau berkata walaupun berlaku beberapa insiden keselamatan seperti pengeboman, ia dapat dikawal oleh TPA-M13 bagi membantu proses damai di kawasan berkenaan.

“Tugas mereka sepanjang setahun lepas membuktikan kerajaan Malaysia bersama Filipina dan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) dalam perjalanan ke arah keamanan dan seterusnya menyumbang kepada kemakmuran.

“Pada masa sama, pelaksanaan program sosioekonomi oleh TPA-M13 juga meningkatkan keyakinan dalam kalangan masyarakat setempat untuk terus mengekalkan ketenteraman,” katanya pada sidang media pembubaran TPA-M13 di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Khamis lalu, TPA-M14 berlepas ke Mindanao bagi menggantikan TPA-M13 yang tamat misi mereka hari ini, bagi meneruskan tugas pemantauan dan mengawasi proses gencatan senjata di sana.- Bernama