Bantuan RM100,000 untuk anak Terengganu terjejas banjir di perantauan

Wan Sukairi (tengah) menyampaikan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir kepada wakil Sekretariat Perantau, Mohd Hafizullah Muda (kanan) di Wisma Darul Iman pada Selasa. - Foto Bernama
Wan Sukairi (tengah) menyampaikan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir kepada wakil Sekretariat Perantau, Mohd Hafizullah Muda (kanan) di Wisma Darul Iman pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu anak-anak negeri di perantauan yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sumbangan diserahkan kepada Sekretariat Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) untuk diagihkan dengan segera kepada mereka yang terjejas.

"Perantau telah mengenal pasti 200 keluarga yang terjejas di Lembah Klang dan Pahang.

"Kita akan memberi bantuan wang tunai dengan seberapa segera bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan," katanya pada majlis meraikan pelumba basikal wanita Terengganu, Siti Nor Alia Mansor yang berjaya menyertai kelab basikal bertaraf profesional dunia, Canyon-SRAM Road Bicyle Racing Team (di Sepanyol) di sini pada Selasa.

Menurut Wan Sukairi, selain sumbangan kepada anak Terengganu di perantauan, kerajaan negeri melalui anak syarikat negeri dan NGO telah menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, tenaga kerja dan peralatan kepada mangsa banjir di semua negeri yang dilanda bencana. - Bernama

Artikel Berkaitan: