Sindiket perlombongan bitcoin tumpas

Mesin perlombongan bitcoin bernilai lebih RM1 juta dirampas dalam Op Letrik TNB di 16 premis sekitar daerah Manjung. - Foto ihsan polis. Gambar kecil: Mior Faridalathrash
Mesin perlombongan bitcoin bernilai lebih RM1 juta dirampas dalam Op Letrik TNB di 16 premis sekitar daerah Manjung. - Foto ihsan polis. Gambar kecil: Mior Faridalathrash
A
A
A

LUMUT - Polis menumpaskan sindiket curi bekalan elektrik bagi perlombongan bitcoin menerusi serbuan di 16 buah premis sekitar daerah Manjung di sini pada Isnin membabitkan nilai rampasan RM1.6 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, Op Letrik yang dijalankan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu telah merampas 816 unit mesin perlombongan bitcoin.

"Dalam operasi sekitar jam 3.30 petang hingga 4 pagi itu, sebanyak 47 buah premis diperiksa dan 16 buah daripadanya dikesan menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin.

"Selain mesin bitcoin, polis tturut merampas 15 monitor, 17 unit pemprosesan pusat (CPU) dan 16 router internet," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Beliau memberitahu, operasi berkenaan melibatkan 155 anggota polis, sembilan juruteknik khas TNB dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan.

"Polis akan terus mempertingkatkan usaha dalam menjalankan operasi dan serbuan serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam membendung kegiatan curi arus elektrik," katanya.

Sinar Harian pada 30 Disember lalu melaporkan kegiatan mencuri elektrik bagi aktiviti perlombongan bitcoin terbesar membabitkan nilai RM3.5 juta di daerah sama berjaya ditumpaskan.

Artikel Berkaitan:

Seorang lelaki dipercayai penjaga premis berusia 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan selain merampas 1,720 mesin bitcoin.