Mesyuarat khas kabinet bincang penangguhan umrah esok

Ismail (tengah) ketika meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Balairaya Kampung Tandong pada Selasa.
Ismail (tengah) ketika meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Balairaya Kampung Tandong pada Selasa.
A
A
A

SEGAMAT - [DIKEMAS KINI] Laporan terperinci berhubung keputusan penangguhan umrah pada 8 Januari ini, akan dibentangkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Mesyuarat Khas Kabinet pada Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan membentangkan isu Covid-19 terutama berkaitan penularan varian Omicron

"Esok (Rabu) saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan keputusan KKM lebih kepada nak hendak menjaga nyawa kita. Bagaimanapun esok saya mahu dapat laporan terperinci dahulu,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Sementara itu, Ismail berkata, pasca banjir dan persediaan agensi-agensi berkaitan mengenai persiapan dalam menghadapi gelombang kedua banjir turut akan dibincangkan pada Masyuarat Khas Kabinet tersebut.

Pada Isnin, Ismail Sabri mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022, yang dihadiri menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri selain agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir.

Artikel Berkaitan: