Pencemaran kimia: Kerajaan salur bantuan kos bersih toksik

Lokasi insiden bermulanya pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, hari ini. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bakal menyalurkan bantuan kos operasi pembersihan sisa bahan toksik di Sungai Kim Kim yang ditanggung bersama kerajaan negeri berdasarkan tuntutan yang akan dibuat kerajaan negeri.

Agensi Pengurusan Bencana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, pada masa sama kerajaan turut memberi bantuan wang ihsan kepada setiap keluarga mangsa yang terkesan berdasarkan senarai yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah atau Pegawai Daerah.

Menurutnya, buat masa ini antara tindakan yang telah diambil adalah keberadaan pelbagai agensi terlibat di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin.