Polis tahan lelaki memandu secara berbahaya

Pemandu lelaki berusia 30 tahun ditahan di IPD Kuala Selangor pada jam 8.30 malam Isnin.
Pemandu lelaki berusia 30 tahun ditahan di IPD Kuala Selangor pada jam 8.30 malam Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis menahan seorang pemandu kereta jenis Toyota Camry yang dikesan memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain di Kilometer 46 Jalan Klang-Teluk Intan di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor ketika hadir bagi membantu siasatan pada jam 8.30 malam Isnin.

Menurutnya, lelaki itu dikesan memandu secara berbahaya pada jam 5.33 petang menerusi satu rakaman kamera papan pemuka kenderaan lain.

"Video berdurasi tiga minit itu memaparkan tindakan seorang lelaki memandu melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Berdasarkan rakaman itu, pemandu berkenaan sedang mengejar kenderaan di hadapannya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, pemandu terbabit juga dipercayai mengekori secara rapat dan melakukan halangan jalan di persimpangan Jalan Teluk Piah Kanan.

"Bertindak atas kejadian tular di media sosial itu, satu laporan polis dibuat bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: