Dua juruterbang maut, helikopter tentera Israel terhempas

Gambar fail helikopter AS565 Panther iaitu model yang sama terhempas di Israel. - Foto US Navy/Mass Communication Specialist 3rd Class Desmond Parks
Gambar fail helikopter AS565 Panther iaitu model yang sama terhempas di Israel. - Foto US Navy/Mass Communication Specialist 3rd Class Desmond Parks
A
A
A

BAITULMAQDIS - Dua juruterbang dan seorang anak kapal cedera selepas sebuah helikopter tentera Israel terhempas di luar pantai bandar Haifa, kata tentera pada Selasa.

Helikopter maritim AS565 Panther atau dikenali sebagai Atalef itu jatuh pada Isnin semasa melakukan penerbangan latihan, kata tentera dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat termasuk Unit Misi Bawah Air Pasukan Khas Israel dikerahkan ke lokasi kejadian tetapi tidak dapat menyelamatkan dua juruterbang yang disahkan mati di lokasi helikopter tersebut terhempas.

Bagaimanapun, seorang anak kapal cedera ringan dalam nahas itu.

Ekoran kejadian tersebut, Komander Tentera Udara Israel, Amikam Norkin mengumumkan pembekuan sementara latihan.

Seorang pegawai kanan akan mengetuai pasukan penyiasat yang melakukan siasatan insiden tersebut, kata tentera tanpa memberikan sebarang petunjuk lanjut tentang punca nahas itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: