JKM cari ibu kandung, waris kanak-kanak perempuan

Noor Hanan Saaidah Hasni
Noor Hanan Saaidah Hasni
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sepang sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

JKM dalam satu kenyataan memaklumkan, kanak-kanak itu, Noor Hanan Saaidah Hasni ditinggalkan ibunya, seorang warga Indonesia dikenali sebagai Erpiani Sapia kepada seorang wanita semasa anaknya berusia 22 hari untuk dijadikan anak angkat.

Menurut JKM, ketika kanak-kanak itu berusia 29 hari, ibunya telah menghantar anaknya sepenuh masa di rumah pengasuh, namun wanita berkenaan melawat anaknyaa pada hari cuti.

"Bagaimanapun, ketika kanak-kanak itu berusia dua tahun, dia telah diabaikan oleh wanita berkenaan dengan tidak menyediakan keperluan serta tidak pernah melawat sehingga anak itu mencecah usia empat tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, JKM memberitahu, kanak-kanak perempuan itu dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

"Pada masa ini, kanak-kanak terbabit diletakkan buat sementara dalam pemeliharaan orang yang layak dan sesuai di bawah perintah mahkamah Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 25 November 2021 lalu.

"Kanak-kanak itu akan dibawa ke mahkamah kanak-kanak pada 26 Januari 2021 untuk perintah selanjutnya," jelas JKM.

Sehubungan itu, JKM Daerah Sepang meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris kanak-kanak terbabit untuk tampil menghubungi Pelindung JKM Daerah Sepang, Noraliza Abu Bakar di talian 03-8706 1026

Artikel Berkaitan:

"Tujuan pencarian ibu kandung atau waris kanak-kanak ini bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik kanak-kanak tersebut yang akan ditentukan oleh mahkamah kanak-kanak," kata JKM.