Lagi 28 kematian akibat Covid-19

Covid-19 telah meragut 31,560 nyawa di negara ini sejak wabak itu melanda Malaysia, penghujung Januari 2019. Gambar hiasan
Covid-19 telah meragut 31,560 nyawa di negara ini sejak wabak itu melanda Malaysia, penghujung Januari 2019. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 28 kematian berkaitan Covid-19 pada Isnin.

Menerusi laman sesawang Covid Now, kematian dicatatkan di Pulau Pinang, Selangor (lima), Perak (empat) dan Kelantan (tiga).

Masing-masing dua kes kematian di Terengganu, Johor, Sabah dan Pahang.

Satu kes turut direkodkan di Kedah dan Sarawak.

Covid-19 telah meragut 31,560 nyawa di negara ini sejak wabak itu melanda Malaysia, penghujung Januari 2019.

Sementara itu, sebanyak 39,733 aktif di seluruh negara dengan 32,549 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,565 pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 3,354 kes menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 118 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 147 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Seramai 25,623,153 penduduk Malaysia telah lengkap divaksinasi sementara, 6,627,119 individu pula telah menerima dos penggalak.