Wawa Zainal belajar dari pengalaman

No Image Caption
A
A
A

MENDIRIKAN rumah tangga pada usia muda semakin menjadi pilihan ramai pada masa kini.

Namun tanggungjawab sebagai suami atau isteri, tidak boleh dipandang enteng kerana kedua-duanya memainkan peranan yang besar dalam sebuah perkahwinan.

Bagi pasangan romantis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang turut memilih menamatkan zaman bujang pada usia muda, kematangan dan kepercayaan menjadi antara dua perkara penting yang dipegang sejak awal perkahwinan.

Menurut Wawa, 28, ketika awal perkahwinan, dia mungkin sama seperti kebanyakan perempuan muda lain yang suka membesar-besarkan hal kecil dan mencari punca untuk bergaduh.

Namun kesabaran Aeril telah mengubahnya sedikit demi sedikit dan Wawa berpendapat, kematangan seseorang itu memainkan peranan dalam perkahwinan.

No Image Caption

"Ketika awal perkahwinan, saya selalu besarkan hal yang remeh temeh dan kadang kala mencari punca untuk bergaduh. Alhamdulillah nasib saya baik dapat suami yang penyabar.

"Lama-kelamaan saya belajar untuk saling mejaga hati pasangan. Bila sama-sama happy, InsyaALLAH , rezeki pun akan senang masuk, lancar sahaja," ujarnya ketika ditemui di Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019 anjuran Systema.

Artikel Berkaitan:

Dalam kempen itu, Aeril dan Wawa telah dilantik sebagai duta kempen kesihatan gusi Systema Gumbatte yang berlangsung di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya hari ini.

Tambah Aeril pula, sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka tidak pernah terlibat dengan pergaduhan besar dan meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

Malah secara peribadi aktor berusia 31 tahun ini juga tidak bersetuju dengan cara berkongsi masalah rumah tangga menerusi media sosial.

"Sepanjang berkahwin, bohonglah kalau tak ada pergaduhan, tetapi tidaklah sampai bergaduh besar. Tapi ada kalanya kami akan pujuk atau berbaik sendiri.

"Bagi saya kepercayaan penting dalam sesebuah perkahwinan. Jangan timbul rasa syak wasangka, contohnya tak beritahu pasangan password telefon bimbit dan sebagainya.

"Selain itu, kami juga tidak mudah berkongsi masalah rumah tangga di media sosial dan secara peribadi saya dan Wawa rasa media sosial bukan medium untuk menceritakan masalah rumah tangga.

"Tapi dalam masa yang sama, saya sedar ia ruang dan hak peribadi masing-masing," jelasnya.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.