UKM sumbang RM700,000 bantu mangsa banjir

Agihan bakul makanan kepada mangsa banjir di Selangor.
Agihan bakul makanan kepada mangsa banjir di Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menggerakkan misi membantu mangsa banjir dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM700,000 serta sukarelawan di beberapa kawasan di Selangor yang terkesan akibat banjir.

Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman melalui kenyataan pada Isnin berkata, dana yang terkumpul merupakan sumbangan alumni UKM dan orang ramai.

Jelas beliau, kesemua dana berkenaan telah diserahkan kepada mangsa yang mengalami kerosakan rumah dan harta benda sepanjang tempoh 14 hari misi tersebut.

“Selain itu, lebih 2,000 sukarelawan UKM yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar terbabit misi itu selain logistik melibatkan pacuan empat roda dan bas,” katanya.

Menurut Dr Mohd Ekhwan, UKM beberapa lokasi di Selangor termasuk Salak Tinggi, Hulu Langat, Dengkil dan Gombak dikenal pasti antara kawasan yang memerlukan bantuan segera.

“Sebagai sebuah universiti watan, UKM amat prihatin dengan keperluan komuniti di sekitar dan seluruh negara. Jadi, jika berlaku bencana alam, UKM akan segera memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: