Kerja pembersihan pasca banjir diteruskan di Selangor

Skuad Pantas MBPJ menjalankan kerja pembersihan di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26.
Skuad Pantas MBPJ menjalankan kerja pembersihan di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja pembersihan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diteruskan walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, pada Isnin.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kekuatan logistik yang ada menjalankan kerja pembersihan pasca banjir di dua kawasan iaitu di Seksyen 17 dan 26.

"Kerja-kerja pembersihan pasca banjir diteruskan oleh petugas pembersihan di Jalan Kampung Lombong, Seksyen 29 dan di Jalan Tegas Kampung Padang Jawa, Seksyen 17," ciap MBSA di laman Twitter PBT itu, pada Isnin.

Sementara itu, Skuad Pantas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan kerja pembersihan di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26.

Turut serta dalam kerja-kerja pembersihan itu penduduk setempat dan anggota sukarelawan MBPJ.

Artikel Berkaitan: