Penduduk Kampung Morten bimbang paras air meningkat

Kampung Morten yng berusia lebih 100 tahun di bandar Melaka dinaiki air.
Kampung Morten yng berusia lebih 100 tahun di bandar Melaka dinaiki air.
A
A
A

MELAKA - Lebih 400 Penduduk Kampung Morten di sini bimbang berlaku banjir besar jika air Empangan Durian Tunggal dibuka dan bertembung fenomena air laut pasang.

Penduduk, Firdaus Mat, 36, berkata, air Sungai Melaka juga akan melimpah jika berlaku hujan dan air laut pasang.

Firdaus berharap pihak berkaitan peka dengan situasi itu untuk menyelamatkan kampung tradisi berusia lebih 100 tahun

"Kami tiada kepakaran dalam bidang ini dan sewajarnya pihak berkenaan dapat memastikan kejadian itu dapat ditangani," katanya.

Sebelum ini tular beberapa keping gambar di media sosial yang mendakwa kampung unik di Bandar Melaka itu menjadi pulau akibat banjir.

Sementara itu, warga emas, Amnah Othman, 63, berkata, air banjir mula memasuki rumahnya sejak kelmarin dengan ketinggian 0.3 meter manakala hujan berterusan menyebabkan air naik keesokan harinya.

Warga emas itu mendakwa salah satu punca kejadian banjir itu dipercayai tembok di tebing sungai berkenaan terhakis dan pecah.

"Saya sudah lebih 70 tahun tinggal di sini dan kali terakhir kawasan ini banjir teruk ketika saya berusia 12 tahun iaitu setinggi 0.3 meter," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Amnah tidak menyangka kawasan berkenaan dilanda banjir lagi dan minggu lalu kali keenam mereka terpaksa meranduk air bah," katanya.

Sementara itu pekerja swasta, Syed Faisal Syed Abas berkata, sistem saluran yang kurang sistematik menyebabkan berlaku banjir di kampung itu.

"Dulu pernah dilaksanakan kerja-kerja mendalamkan sistem perparitan namun selepas itu sistem saliran seolah-olah menjadi lebih kecil dari tujuh kaki kepada saiz empat kaki.

"Saya harap semua itu diambil perhatian pihak berwajib kerana kita tidak mahu banjir teruk berulang lagi," katanya.