40 penduduk dipindahkan ke PPS Banting, Kelanang

Anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia memantau keadaan banjir dan fenomena air pasang besar di Banting.
Anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia memantau keadaan banjir dan fenomena air pasang besar di Banting.
A
A
A

BANTING - Seramai 40 penduduk dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Banting dan Kelanang di sini susulan banjir serta fenomena air pasang besar pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, seramai 15 penduduk daripada enam keluarga telah dipindahkan ke Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting.

"25 lagi mangsa membabitkan enam keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Ridhwan berkata, hasil pemantauan situasi terkini mendapati hujan mulai reda dan air semakin surut.

"Penduduk di pesisir pantai kawasan Kuala Langat disarankan agar lebih berwaspada berdepan fenomena ini yang berlaku sejak Ahad hingga Rabu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah mengaktifkan bilik gerakan banjir dan pusat kawalan di lokasi kejadian bagi menyelaraskan operasi menyelamat serta memberi bantuan kepada mangsa banjir bersama agensi lain.

"Kita menasihati penduduk agar berwaspada dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca hujan yang berterusan.

"Penduduk juga perlu mematuhi arahan berpindah ke PPS jika perlu. Sekiranya ada sebarang maklumat atau permasalahan berkaitan banjir, orang ramai boleh menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di talian 03-31813614 atau 03-31801213," ujarnya.

Artikel Berkaitan: