Banjir: Lelaki dilaporkan hilang ditemukan maut

Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut. - Gambar hiasan
Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut. - Gambar hiasan
A
A
A

BELURAN - Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut di kawasan pokok bakau di Kuala Penubukan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintenden Kasim Muda dalam kenyataan malam Ahad memaklumkan, mayat Rajis Nawang, 28, yang merupakan seorang nelayan, ditemukan pada kira-kira 12.30 tengah hari pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan hilang oleh bapanya ketika memasang pukat kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mayatnya ditemukan.

Lelaki yang masih hilang dikenali sebagai Kaerul, 26, seorang pekerja ladang yang dipercayai dihanyutkan air deras ketika cuba menyeberang jalan di Kampung Kinadaan.

Kasim berkata, ketika kejadian, paras air di kawasan itu dipercayai mencecah 1.5 meter.

Katanya, usaha mencari mangsa masih dijalankan. - Bernama

Artikel Berkaitan: