Lima mangsa bot karam diselamatkan

Lima mangsa bot karam ditemuai selamat dalam rakit keselamatan di barat daya Tanjung Segenting Batu Pahat pada Ahad.
Lima mangsa bot karam ditemuai selamat dalam rakit keselamatan di barat daya Tanjung Segenting Batu Pahat pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) menyelamatkan lima mangsa bot kayu yang karam, pada Ahad.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Nipah, Indonesia menuju ke Batam, Indonesia sebelum bot kayu yang mereka naiki bocor dan karam sekitar jam 1 pagi pada Sabtu.

"Sebuah kapal dagang telah menjumpai mereka pada jam 1.15 pagi Sabtu dan memberikan rakit keselamatan kepada mereka sebagai bantuan awal kecemasan.

"Rakit keselamatan bersama lima mangsa itu kemudian ditemui oleh sebuah kapal kargo yang sedang melalui Selat Melaka di kedudukan 11.4 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, Batu Pahat kira-kira jam 12.35 tengah hari Ahad," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Nurul Hizam, bertindak atas aduan, bot Petir 51 telah diatur gerak ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan kesemua mangsa.

"Sebaik tiba di lokasi, kesemua mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi kejadian.

"Mangsa berumur antara 24 tahun dan 44 tahun warga Indonesia dan berada dalam keadaan selamat.

"Kesemua mangsa dibawa ke Pejabat Zon Maritim Batu Pahat bagi siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada pihak kedutaan Indonesia," katanya.

Artikel Berkaitan: