India lapor 27,553 kes Covid-19 baharu

Jumlah kes Covid-19 India meningkat kepada 34,889,132 pada Ahad, apabila 27,553 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu. Gambar hiasan
Jumlah kes Covid-19 India meningkat kepada 34,889,132 pada Ahad, apabila 27,553 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu. Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Jumlah kes Covid-19 India meningkat kepada 34,889,132 pada Ahad, apabila 27,553 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, memetik data terkini kementerian kesihatan negara itu.

Selain itu, 284 kematian akibat pandemik yang dilaporkan sejak pagi Sabtu menambah kepada jumlah kematian yang angkanya kini 481,770, menurut Xinhua.

Masih terdapat 122,801 kes aktif Covid-19 di negara itu, berikutan peningkatan sebanyak 18,020 kes aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu, iaitu hari kelima berturut-turut jumlah kes aktif meningkat di negara ini.

Sebanyak 34,284,561 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 9,249 orang daripadanya dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sementara itu, data juga menunjukkan jumlah kes Omicron di negara itu mencecah 1,525, dengan Maharashtra dan Delhi masing-masing melaporkan 460 dan 351 kes. Sehingga kini, 560 pesakit Omicron telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah. - Bernama

Artikel Berkaitan: