13 laluan di Negeri Sembilan ditutup susulan tanah runtuh, banjir

Sebuah kenderaan pacuan empat roda dilihat meredah laluan Jalan Tampin-Gemas yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak pukul 5 pagi semalam, ketika tinjauan pada Ahad. - Foto Bernama
Sebuah kenderaan pacuan empat roda dilihat meredah laluan Jalan Tampin-Gemas yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak pukul 5 pagi semalam, ketika tinjauan pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 13 laluan melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan manakala empat lagi hanya dibuka untuk kenderaan berat susulan jalan runtuh dan dinaiki air setakat jam 2 petang Ahad.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata, laluan berkenaan melibatkan Tampin iaitu sebanyak tujuh jalan, Jelebu (4), Jempol (3), Kuala Pilah (2) dan satu di Seremban.

Antara jalan tersebut ialah Jalan Segamat-Gemas, Londah-Gemas, Jelai-Bahau, Jeram Toi, Kuala Klawang-Genting Peras, Felda Titi dan Stesen Pemancar Gelombang Telapak Buruk.

"Pembukaan jalan ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas selesai kerja pembaikan selain bergantung kepada keadaan semasa jalan berkenaan selepas banjir. JKR akan sentiasa berusaha mencari jalan alternatif dan menguar-uarkan kepada pengguna,” katanya pada Ahad.

Justeru, beliau menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan sentiasa berwaspada dengan papan tanda amaran banjir serta jalan ditutup selain menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

“Pengguna juga boleh merujuk laman sesawang bilik gerakan bencana (BiGBen) JKR iaitu di bencanaalam.jkr.gov.my atau boleh hubungi talian 06-7659659/9614 untuk mengetahui perkembangan terkini bencana dan keadaan jalan raya,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: