Jambatan Bailey penghubung sementara penduduk

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyiapkan kerja-kerja pemasangan Jambatan Compact Bailey di Batu 19, Jalan Sg Lui, Hulu Langat pada Ahad. - Foto Facebook rasmi KKR

A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyiapkan kerja-kerja pemasangan Jambatan Compact Bailey di Batu 19, Jalan Sg Lui, Hulu Langat pada Ahad.

Kementerian berkenaan menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad memaklumkan, kerja-kerja itu dilakukan petang Sabtu berikutan jambatan asal merentasi Sungai Langat yang menghubungkan jalan utama dengan beberapa buah rumah penduduk runtuh mengakibatkan mereka terputus hubungan.

Kenyataan itu turut memberitahu. kerja-kerja pemasangan jambatan membabitkan 14 ahli pasukan Jambatan Bailey JKR Petaling dan 20 anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja.

“Kerja-kerja ‘abutment’ jambatan pula dilakukan oleh JKR Hulu Langat melalui kontraktor,” kata kenyataan itu.

KKR juga memaklumkan, kerja-kerja pemasangan itu bermula Sabtu jam 3 petang dan siap pada Ahad jam 5 pagi.

Jambatan Bailey dibina JKR selepas jambatan asal merentasi Sungai Langat yang menghubungkan jalan utama dengan beberapa buah rumah penduduk runtuh mengakibatkan mereka terputus hubungan.- Foto Facebook rasmi KKR

Artikel Berkaitan:

“Kementerian dan agensi turut mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BigBen), JKR yang beroperasi 24 jam sehari bagi memantau dan melaporkan situasi banjir atau bencana alam yang berlaku di seluruh Malaysia,” ujarnya.

Selain itu kenyataan itu turut menyebut, kementerian dan agensinya telah menggerakkan misi pasca banjir membabitkan semua agensi di bawah KKR bermula pada 19 Disember 2021 yang lalu.

“Misi ini membabitkan sukarelawan KKR agensi melibatkan operasi membantu perpindahan mangsa banjir, penghantaran bantuan menggunakan aset JKR, bantuan pembersihan rumah, pusat komuniti awam seperti sekolah, dewan serbaguna, surau dan lain-lain.

"KKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan Lebuhraya EKVE turut menyumbang empat ‘water jet’ dan 100 beg sekolah kepada mangsa banjir di Taman Sri Nanding,” menurut kenyatan itu.