Perlu ada undang-undang lompat parti

Cheo Yee How
Cheo Yee How
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Undang-undang anti lompat parti perlu ada bagi memastikan gerak kerja kerajaan berjalan tanpa berlaku ketidakstabilan politik di negeri ini.

Adun Perling (PH), Cheo Yee How berpendapat sudah tiba kerajaan menjalankan tugas masing-masing serta mengenepikan soal politik.

“Saya mencadangkan undang-undang anti lompat parti perlu diadakan supaya ia dapat menjamin kesejahteraan dewan yang mulia ini dan kepentingan rakyat Johor.

“Tidak perlu ada kempen untuk mengundi mengalahkan BN hanya dengan lompat parti. Rakyat akan penat dengan perkara seperti ini.

“Paling membimbangkan akan terjadi penolakan rakyat terhadap kerajaan PH seperti mana di negeri Perak. Sebab rakyat rasa dikhianat,” katanya ketika sesi perbahasan pada Persidangan Dewan Negeri Johor ke-14, di sini, hari ini.

Yee How berkata, pihaknya melihat perkara itu boleh menjadi sesuatu yang serius dan sebelum ia menjadi parah di masa hadapan, pemerintahan kerajaan negeri kini perlu membuat sesuatu.

“Saya juga secara peribadi tidak bersetuju dengan isu ini baik di belah mana sekali pun,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengulas tindakan Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad kerana memulangkan semula bilik pembangkang yang telah disediadakan dewan negeri.

Artikel Berkaitan:

“Bila ketua pembangkang umum mahu pulangkan semula bilik itu, saya pernah cakap yang bilik itu disediakan kerana permintaan rakyat yang ingin mengubah.

“Perbuatan (pulang semula bilik pembangkang) ini macam membelakangkan rakyat hasrat rakyat kita dan tidak menghormati semangat demokrasi,” katanya.