Aura 2022 Tze Yong

Ng Tze Yong
Ng Tze Yong
A
A
A

PEMAIN perseorangan muda negara, Ng Tze Yong menyasarkan untuk berada di kedudukan 30 terbaik dunia bagi tahun 2022.

Dalam satu hantaran di Instastory, pemain kelahiran Johor itu menjawab soalan ditujukan peminat selepas berjaya menampilkan persembahan yang mantap sepanjang 2021.

“Sasaran saya pada 2022 adalah untuk berada di ranking 30 terbaik dunia selain akan cuba yang terbaik untuk memenangi satu kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF.

“Saya harap anda semua akan terus menyokong perjalanan karier badminton saya pada tahun hadapan (2022),” katanya.

Untuk rekod, sepanjang 2021, pemain berusia 21 tahun itu merangkul tiga kejuaraan bertaraf Cabaran Antarabangsa Persekutuan Badminton Dunia (BWF) - Terbuka Poland pada Mac, Antarabangsa Belgium (Oktober), Terbuka Scotland (November) selain muncul naib juara Terbuka Republik Czech (Oktober).

Malah Tze Yong juga memperbaiki kedudukan rankingnya apabila melonjak ke tangga ke-60 dunia.

Dia juga berada dalam skuad Malaysia yang memenangi gangsa pada Piala Sudirman di Vantaa, Finland dan skuad Piala Thomas di Aarhus, Denmark.

Artikel Berkaitan: