Letupan bom di tiga daerah Yala

Sambutan Ambang Tahun Baru di Yala dikejutkan dengan letupan bom namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan. - Foto fail AP
Sambutan Ambang Tahun Baru di Yala dikejutkan dengan letupan bom namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan. - Foto fail AP
A
A
A

YALA - Sambutan Ambang Tahun Baru di Yala dikejutkan dengan letupan bom namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Dalam insiden sekitar jam 8.45 hingga 9.15 malam (waktu tempatan) pada Jumaat, sembilan butir bom dipasang pada tiang elektrik dan telefon diletupkan.

Ketua Polis Wilayah Yala Mejar Jeneral Tinnakorn Rangmat berkata, letupan itu berlaku di tiga daerah -Muang, Benang Setar dan Krong Pinang apabila penduduk tempatan mahu keluar rumah menyambut ambang Tahun Baru.

“Letupan itu telan menyebabkan kerosakan lapan tiang elektrik serta satu tiang telefon dan gangguan bekalan elektrik,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di tempat kejadian.

Beliau menambah bom buatan sendiri telah dipasang pada tiang elektrik di Jambatan Thasab yang terletak berdekatan dengan Penjara Pusat Yala di Daerah Sateng.

“Kumpulan tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat itu telah menyebabkan keadaan kucar kacir pada ambang Tahun Baru,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa balas dendam merupakan punca kejadian letupan yang mensasarkan pada tiang elektrik itu.

Insiden letupan bom dan berbalas tembakan sering berlaku di selatan Thailand dengan kejadian terbaharu pada 24 Disember, di mana dua lelaki dipercayai anggota militan ditemui maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand. - Bernama

Artikel Berkaitan: