Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters ke Sri Muda

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (dua dari kanan) menyampaikan pelitup muka kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Siti Halijah Sarani (dua dari kiri) semasa Misi #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters.

A
A
A

SHAH ALAM - Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters siri keempat diteruskan ke Taman Sri Muda, Seksyen 25 yang teruk dilanda banjir baru-baru ini.

Gerakan Gabungan Rasuah Busters yang diterajui oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Ikram, Haluan dan Gema, seramai 70 orang turun padang membersihkan tiga buah sekolah yang terjejas serta membuka kaunter perkhidmatan di pekarangan Balai Polis Sri Muda pada Sabtu.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, berbeza dengan misi sebelum ini, tumpuan diberikan kepada program khidmat kaunseling di samping pemeriksaan kesihatan dan perubatan melalui khidmat klinik bergerak kepada mangsa banjir.

Nik Justin - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Nik Justin - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

"Selain sokongan bantuan makanan, pakaian dan sebagainya sebenarnya tahap kesihatan tubuh badan mereka ini juga harus diberi perhatian selain sokongan psikologi kerana rata-ratanya trauma dengan bencana yang berlaku," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Nik Justin, paling ketara sewaktu misi di Bestari Jaya, 300 penduduk kampung hadir untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan perubatan.

Penduduk sekitar Taman Seri Muda mendapatkan khidmat mencetak gambar dan mengimbas dokumen secara percuma bagi melengkapkan proses tuntutan bantuan banjir. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Penduduk sekitar Taman Seri Muda mendapatkan khidmat mencetak gambar dan mengimbas dokumen secara percuma bagi melengkapkan proses tuntutan bantuan banjir. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

"Jadi dalam setiap misi ini, kita akan bawa sekali sebuah ambulans bagi memudahkan rawatan dibuat terus, lengkap dengan bantuan perubatan dan bekalan vitamin agar tubuh mereka terus sihat dan tidak dijangkiti penyakit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters telah berkhidmat dengan jayanya di Kampung Kebun Bunga (Batu 3), Kampung Lombong (Seksyen 29), Bestari Jaya (Kuala Selangor) manakala pada 4 dan 8 Januari konvoi akan menjengah penduduk di Bukit Changgang (Banting) dan Kampung Asahan, Parit Mahang (Kuala Selangor).

Sukarelawan membantu penduduk melengkapkan dokumen permohonan bantuan kepada mangsa banjir. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Sukarelawan membantu penduduk melengkapkan dokumen permohonan bantuan kepada mangsa banjir. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Dalam pada itu, Justin berharap karenah birokrasi tidak berlaku kerana ia mengganggu urusan memandangkan bantuan yang disalurkan adalah untuk mangsa yang terjejas.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, pasukan pemeriksaan kesihatan dan kaunseling kali ini diketuai oleh Dr Siti Munirah Ibrahim.

"I-Care sebuah NGO daripada Pulau Pinang turut membantu melancarkan proses mengagihkan borang bantuan banjir, cetak dokumen dan membersihkan sekolah terlibat," katanya.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah (kiri) menyampaikan naskhah al-Quran kepada wakil Balai Polis Sri Muda. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah (kiri) menyampaikan naskhah al-Quran kepada wakil Balai Polis Sri Muda. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Penduduk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma di kaunter perkhidmatan yang dibuka di Balai Polis Sri Muda pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Penduduk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma di kaunter perkhidmatan yang dibuka di Balai Polis Sri Muda pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Dr Siti Munirah daripada Ikram bertanya khabar kanak-kanak yang hadir di kaunter perkhidmatan Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Dr Siti Munirah daripada Ikram bertanya khabar kanak-kanak yang hadir di kaunter perkhidmatan Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Aktiviti mewarna melalui program Pertolongan Cemas Psikologi Kanak-kanak, (Kids Psychological First Aids) yang diadakan di Balai Polis Taman Sri Muda. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Aktiviti mewarna melalui program Pertolongan Cemas Psikologi Kanak-kanak, (Kids Psychological First Aids) yang diadakan di Balai Polis Taman Sri Muda. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB