X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Ketua Pengarah WHO yakin Covid-19 dapat diatasi pada 2022

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata beliau yakin pandemik Covid-19 akan dapat diatasi pada 2022.Gambar hiasan
A
A

AMMAN - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata beliau yakin pandemik Covid-19 akan dapat diatasi pada 2022, dengan syarat semua negara bekerjasama untuk membendung penularannya.

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu memberi amaran terhadap "nasionalisme sempit dan membolot vaksin" dalam satu kenyataan sempena tahun baharu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Ucapannya dibuat dua tahun sejak WHO dimaklumkan mengenai kes jangkitan radang paru-paru yang tidak diketahui di China.

Kes Covid-19 global kini berjumlah 287 juta, manakala hampir 5.5 juta orang telah terkorban akibat dijangkiti virus tersebut.-- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!