Lebih 1,000 mangsa banjir dipindahkan di Johor

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat membantu penduduk terjejas banjir di Palong Timur.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat membantu penduduk terjejas banjir di Palong Timur.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Segamat dan Tangkak meningkat daripada 658 orang pada tengah hari kepada 1,080 orang setakat jam 4 petang pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, kesemua mangsa membabitkan 271 keluarga itu ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, Tangkak menjadi daerah terbaharu yang terjejas banjir apabila seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak yang dibuka pada jam 2 petang.

"PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 267 orang daripada 73 keluarga diikuti SK Batu Anam seramai 256 mangsa daripada 73 keluarga.

"Seterusnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun menempatkan 169 mangsa daripada 38 keluarga dan SJKC Tah Kang seramai 164 mangsa daripada 33 keluarga," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Sungai Segamat di Bandar Segamat, Sungai Muar Kampung Awat Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur berada pada paras bahaya setakat jam 3.15 petang pada Sabtu.

"Sungai Segamat di Bandar Segamat mencatat paras 9.64 meter (m) berbanding aras bahaya 9.14m manakala Sungai Muar Kampung Awat Segamat pula mencatatkan paras 20.95m berbanding paras bahaya 19.95m.

"Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur juga mencatatkan paras 4.32m berbanding paras bahaya 4.00m," katanya.

Artikel Berkaitan: