Shopee semakin menjadi pilihan pelanggan di Malaysia

Shopee
Shopee
A
A
A

SHOPEE Malaysia ialah antara 10 laman web yang paling kerap dikunjungi warganet di Malaysia.

Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho berkata, pencapaian ini menunjukkan bagaimana dunia e-dagang di Malaysia kini semakin dinamik dengan lebih ramai rakyat Malaysia mula membeli-belah dalam talian.

“Shopee mendapati pola pembelian menarik dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi datanya daripada penelitian terhadap amalan pembeli di 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan.

“Selangor dan Kuala Lumpur mendahului dalam bilangan pesanan di Malaysia. Ini kerana kawasan Lembah Klang merupakan kawasan bandar yang mempunyai jumlah penduduk paling tinggi,” katanya selepas laporan berkenaan dikeluarkan sebuah syarikat penilaian media dan analisis, Comscore.

Katanya, antara jam 9 malam hingga 11 malam adalah masa yang paling digemari oleh rakyat Malaysia untuk membeli-belah manakala warganet di Putrajaya lebih gemar membeli-belah pada waktu makan tengah hari.

“Di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, aktiviti membeli-belah semakin meningkat.

“Satu pertiga daripada pembelian dari empat negeri adalah Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG) termasuk produk seperti kelengkapan diri,” kata Ian Ho.

Manakala di Kelantan, Pahang dan Terengganu mencatatkan pertumbuhan tiga angka dalam bilangan pengguna baharu.

Artikel Berkaitan:

“Produk-produk dari kategori mainan, kanak-kanak dan bayi seperti lampin pakai buang, baju bayi, tikar permainan dan pam payu dara adalah barangan yang paling banyak dibeli di ketiga-tiga negeri tersebut,” katanya.

Bilangan pengguna Shopee dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan semakin meningkat dan kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki.

Sementara itu, aktiviti membeli-belah dalam talian semakin rancak di Malaysia Timur disebabkan oleh program penghantaran percuma Shopee di seluruh negara.

“Ini membolehkan produk-produk boleh didapati biarpun di tempat-tempat di mana sesuatu jenama tersebut hanya ada sebilangan kecil atau tiada kedai fizikal.

“Kategori mudah Alih dan aksesori memang laris di Sarawak, Sabah dan Labuan. Lebih daripada 51,000 unit pengecas mudah alih dipesan dalam tempoh tiga bulan,” katanya lagi.

Dari 21 hingga 27 Mac, pembeli berpeluang merebut tawaran menarik dalam semua kategori dalam Kempen 27.3 Shopee Mega Sale dan dapatkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM27.

Dalam pada itu, Shopee juga akan melancarkan permainan ‘Tikam’ dengan RM1 dan pengguna berpeluang menang hadiah serta wang tunai bernilai RM1 juta dalam Shopee Quiz.

Selain itu, diskaun sehingga 90 peratus jumlah baucar bernilai RM8 juta akan ditawarkan pada hari bertema istimewa dan Shocking Sale setiap hari dengan barangan Harga Terendah Terjamin dan juga hadiah-hadiah media sosial.

Jualan Mega ini yang akan berlangsung pada 27 Mac dipenuhi dengan kejutan bagi pengguna Shopee termasuk tawaran premium dan baucar hebat.