Buruh maut bertembung lori

Mangsa berlanggar dengan lori ini sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik. Gambar kecil: Wan Husin
A
A

DUNGUN - Seorang buruh maut apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di KM28 Jalan Jerangau-Tok Kah di Kampung Pasir Lawang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Wan Husin Wan Hassan, 55, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Jerangau Felda.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, Baharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun gagal mengelak dari melanggar mangsa yang keluar dari simpang tiga.

"Ketika kejadian lori jenis Nissan dari Jerangau menghala Tok Kah dan apabila sampai tempat kejadian, tiba-tiba sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa keluar daripada simpang sebelah kiri jalan.

"Berikutan itu kedua-dua kenderaan itu berlanggar sebelum mangsa mengalami kecederaan parah," katanya ketika dihubungi.